Melinjo atau nama sainstifiknya (Gnetum gnemon Linn) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Gymnospermae yang hidup subur di kawasan tropika. Hidup di tanah liat atau lampung, berpasir dan berkapur serta memrlukan kawasan yang terbuka tetapi tidak memerlukan kawasan tanah yang subur memudahkan tanaman ini terdapat di mana mana. Pohon Melinjo tidak dapat hidup di tanah yang mempunyai kadar garam yang tinggi seperti di kawasan pantai. Bukan saja di jumpai
di kawasan hutan atau kebun, akan tetapi melinjo juga sering di tanam di perkarangan rumah atau dijadikan penanda kawasan rumah.
Selain batangnya yang kuat yang boleh digunakan untuk mendirikan rumah, pohon yang boleh menjangkau ketinggian sehingga 25 meter dan hidup lebih seratus tahun ini, juga menghasilkan buah yang berbetuk bujur. Buah melinjo ini sering digunakan sebagai bahan campuran
dalam masakan dan dijadikan empingan atau keropok.
Keropok atau empingan Melinjo yang terhasil dari biji melinjo merupakan makanan snek bagi kebanyakan orang Indonesia. Lapisan luar buah melinjo iaitu kulit dipisahkan dari bijinya. Biji yang telah diasingkan di jemur untuk dikeringkan dan di simpan selama beberapa hari. Biji itu kemudian di bakar di dalam alat pembakar atau pun di goreng tanpa minyak di atas kuali.
Biji yang masih hangat di ambil dan dipecahkan untuk mengambil isi biji yang lembut didalam ini. Proses ini harus dilakukan dengan lebih berhati hati agar tidak merosakkan isi dalamnya. Isi yang baru dikeluarkan dari kulit biji yang keras harus di pipihkan segera dalam keadaan yang masih panas. Pemipihan boleh dilakukan dengan mesin pemipih atau pun delakukan dengan tangan serta penukul secara manual. Untuk menghasilkan empingan yang lebih bermutu, melinjo perlu di pukul berulang kali sehingga nipis.
Empingan yang masih basah ini kemudainnya di jemur sehingga kering sebelum di goreng. Emping yang digoreng boleh dihidangkan terus. Empingan melinjo yang asli mempunyai rasa yang sedikit pahit tetapi tetap enak dimakan. Sekarang ini, Empingan melinjo telah d adun dengan bahan perisa lain untuk menhasilkan rasa rasa yang berbeza mengikut selera kita seperti rasa manis, pedas asin, pedas dan bermacam macam lagi.
Untuk memudahkan pemahaman tentang pembuatan emping melinjo sila tonton video dari youtube.com ini oleh ditjenpmd.
Di Malaysia, emping malinjo agak terhad utuk diperolehi. Kebanyakan di perolehi di supermarket dengan harga sekitar RM 2.50 hingga RM 3.00 untuk 100 gram. Kedudukan Sarawak yang lebih dekat dengan Indonesia ternyata memberi kelebihan bagi penduduk Sarawak untuk menikmati empingan melinjo ini.


2 comments:
suka emping ni. rasa pahit-pahit sikit. pernah bawa balik kampung mertua...x de sape nak makan..huhu...sedih. serik dah.
jangan serik ... benda enak tu ... yg rudi doranglah ... kalau tak abis, kirim kat sini ... tolong abiskan.
Post a Comment